MOTO & ETOS SABS

MOTO & ETOS SABS

Pengumuman

Welcome to SMK Sultan Abu Bakar

Sunday 20 March 2016

^Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan Peringkat Negeri Pahang

:
Tarikh: 19-20 Mac 2016
Tempat: SMK Air Putih, Kuantan.

^Pasukan SABS dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dan akan Bertanding pada Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei 2016 ini.
Berikut adalah kemenangan pasukan St John Ambulans SABS: 
1. Kes Panjang Ambulans (Johan dan Naib Johan)
2. Kes pendek ambulans (Naib Johan)
3. Kes panjang perawatan (Naib Johan)
4. Kes pendek perawatan (Johan)
5. Kawad kaki dan pemeriksaan uniform (Naib Johan )
6. Johan keseluruhan bagi ambulans kadet
7. Johan keseluruhan bagi ambulans dewasa
8. Johan keseluruhan bagi perawatan kadet
9. Johan keseluruhan bagi perawatan dewasa

Tahniah & syabas diucapkan kepada guru & para peserta.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan Kadet Polis dan Pengakap yang memberi bantuan semasa pertandingan ini berlangsung.



Thursday 10 March 2016

Kejohanan MSSD Olahraga

Kategori 800m bawah 18 tahun - Naib Johan
Kategori 1500m bawah 18 tahun - Johan


Friday 4 March 2016

Pengumuman keputusan STPM

Tarikh: 02 Mac .2016
Tempat: Dewan Interaksi
Masa: 10.00 pagi

Pencapaian keputusan STPM 2015 telah meningkat dari 2.68 (2014) kepada 2.71 (2015). Peningkatan adalah sebanyak 0.03. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Sultan Abu Bakar, barisan pentadbir, kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Tahniah kepada para pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dan semoga lebih berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.




Pengumuman keputusan SPM


Tarikh: 03 Mac .2016
Tempat: Dewan Interaksi
Masa: 10.00 pagi

Pencapaian keputusan SPM 2015 telah meningkat dari 2.49 (2014) kepada 2.42 (2015). Peningkatan adalah sebanyak 0.07. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Sultan Abu Bakar, barisan pentadbir, kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Tahniah kepada para pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dan semoga lebih berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.